Tinjauan terhadap permasalahan pelajar sarjana pendidikan teknik vokasional(KUiTTHO) dalam menjalani latihan mengajar

Program latihan mengajar merupakan suatu komponen yang penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan berwibawa. Kajian yang bertajuk "Tinjauan Terhadap Permasalahan Pelajar Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional (KUiTTHO) Dalam Menjalani Latihan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Harun, Hasniza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9409/1/24p%20HASNIZA%20HARUN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9409/2/HASNIZA%20HARUN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9409/3/HASNIZA%20HARUN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program latihan mengajar merupakan suatu komponen yang penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan berwibawa. Kajian yang bertajuk "Tinjauan Terhadap Permasalahan Pelajar Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional (KUiTTHO) Dalam Menjalani Latihan Mengajar" ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat adakah wujud permasalahan yang dilalui oleh pelajar-pelajar bidang pendidikan dalam menjalani latihan mengajar. Objektif kajian adalah untuk mendapatkan maklum balas para pelajar mengenai permasalahan latihan mengajar dari segi aspek sebelum, semasa dan selepas. Kajian secara tinjauan ini melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada seramai 120 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional semester III sesi 2003/2004. Perisian Statistical Package for Social Science Version 11.0 (SPSS 11.0) digunakan dalam pemprosesan dan penganalisaan data bagi mendapatkan peratusan dan min. Hasil kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan responden memberikan maklumbalas yang positif terhadap latihan mengajar yang telah mereka jalani. Min bagi aspek sebelum menjalani latihan mengajar ialah 2.93, manakala bagi aspek semasa menjalani latihan mengajar ialah 2.85 dan bagi aspek selepas latihan mengajar pula ialah 3.09. Daripada dapatan yang diperolehi, sebahagian besar daripada mereka berpuashati dengan latihan mengajar dimana ia berada pada tahap sederhana baik dan memuaskan.