Fungsi program persediaan kerjaya : satu kajian kes di kalangan Siswazah Program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Batu Pahat, Johor

Kajian ini bertajuk "Fungsiprogrampersediaan kerjaya: Satu kajian kes di kalangan siswazah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor" Program Saijana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO merupakan satu-satunya program yang memfokuska...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamat, Rosni
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9456/1/24p%20ROSNI%20HAMAT.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9456/2/ROSNI%20HAMAT%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9456/3/ROSNI%20HAMAT%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertajuk "Fungsiprogrampersediaan kerjaya: Satu kajian kes di kalangan siswazah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor" Program Saijana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO merupakan satu-satunya program yang memfokuskan kepada penghasilan bakal pensyarah untuk sektor pendidikan politeknik di Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan graduan mengenai kesesuaian program Saijana Pendidikan (Teknikal) dengan kehendak profesion perguruan di politeknik. Pelajar semester akhir program ini telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa majoriti responden bersetuju terdapatnya kerelevanan di antara kadar kepentingan ilmu dan kemahiran dengan ketrampilan graduan (purata min; 4.03 dan sisihan piawai; 0.31). Di samping itu, komponen kurikulum program Saijana Pendidikan (Teknikal) adalah menepati dengan skop tugas guru profesional di politeknik (purata min; 4.17 dan sisihan piawai; 0.21). Responden bersetuju bahawa semua komponen kurikulum yang sedia ada adalah penting. Subjek seperti MTI 2012; Falsafah Sains dan Pembangunan Sosial dan MTP 3012; Isu-isu Global paling penting, sementara MTT 2703; Pembangunan Sumber Manusia dalam Pendidikan dilihat sebagai paling kurang penting berbanding subjek-subjek lain. Oleh itu, hasil kajian ini mendapati bahawa program Saijana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO dapat menyumbang dalam meningkatkan kualiti pensyarah-pensyarah profesional. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada perancang dan pembentuk kurikulum di KUiTTHO untuk meningkatkan kualiti program Saijana Pendidikan (Teknikal) pada masa akan datang.