Kesediaan pelajar sarjana pendidikan (teknikal) ke arah pembentukan seorang pendidik yang cemerlang

Kajian kes ini adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) ke arah pembentukan seseorang pendidik yang cemerlang. Antara ciri-ciri pembentukan pendidik cemerlang yang dikaji adalah Dimensi Diri, Dimensi Pengetahuan, Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran serta Dimensi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amir, Rusli
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9457/1/24p%20RUSLI%20AMIR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9457/2/RUSLI%20AMIR%20COPYRIGHT%20DECARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9457/3/RUSLI%20AMIR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes ini adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) ke arah pembentukan seseorang pendidik yang cemerlang. Antara ciri-ciri pembentukan pendidik cemerlang yang dikaji adalah Dimensi Diri, Dimensi Pengetahuan, Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran serta Dimensi Luaran. Sementara bagi aspek kesediaan,pula adalah Dimensi Peribadi Pendidik itu sendiri, Dimensi Ilmu Pendidikan dan Dimensi Persekitaran. Seramai 50 orang pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) Semester III Sesi 2001 / 2002 di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) telah dipilih sebagai responden di dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian di dalam proses pengumpulan data. Data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan. Jadual peratusan dipersembahkan dengan penerangan hasil daripada dapatan kajian. Selain daripada itu, carta bar turut digunakan untuk mempersembahkan data. Dapatan kajian menunjukkan Dimensi Diri, Dimensi Pengetahuan serta Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran merupakan ciri-ciri sikap yang lebih penting berbanding daripada Dimensi Luaran. Manakala bagi aspek kesediaan pula, Dimensi Peribadi Pendidik dan Dimensi Ilmu Pendidikan adalah lebih penting berbanding dengan Dimensi Persekitaran. Kepentingan setiap dimensi dikenalpasti dan diterangkan di dalam rumusan. Akhir sekali daripada maklumbalas responden menunjukkan bahawa taraf bidang pendidikan adalah perlu ditingkatkan untuk memastikan pendidik itu adalah cemerlang. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada bidang pendidikan terutamanya kepada pendidik dan bakal pendidik.