Keberkesanan latihan mengajar menurut persepsi pensyarah politeknik lepasan KUiTTHO
Program latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan bervvibawa. Kajian yang bertajuk "Keberkesanan Latihan Mengajar Menurut Persepsi Pensyarah Politeknik Lepasan KUiTTHO" ini dijalankan adalah bertuj...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English English English |
منشور في: |
2002
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://eprints.uthm.edu.my/9467/1/24p%20W%20MOHD%20HANIFF%20BIN%20W%20MOHD%20SHAUFIL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9467/2/W%20MOHD%20HANIFF%20BIN%20W%20MOHD%20SHAUFIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9467/3/W%20MOHD%20HANIFF%20BIN%20W%20MOHD%20SHAUFIL%20WATERMARK.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Program latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam pendidikan
perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan bervvibawa. Kajian
yang bertajuk "Keberkesanan Latihan Mengajar Menurut Persepsi Pensyarah
Politeknik Lepasan KUiTTHO" ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui
sejauhmana tahap keberkesanan program latihan mengajar yang wajib dilalui oleh
pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan. Objektif kajian adalah untuk mengetahui
sejauhmana keberkesanan latihan mengajar menurut persepsi Pensyarah Politeknik
Lepasan KUiTTHO dalam aspek perancangan pengajaran dan pembelajaran, aspek
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, aspek keperibadian dan ikhtisas serta
aspek hubungan sosial dengan masyarakat institusi latihan. Seramai 71 responden
dipilih secara rawak di lima buah politeknik yang terdapat di Malaysia. Hasil kajian
ini secara keseluruhannya menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif
terhadap latihan mengajar yang telah mereka jalani. Sebahagian besar daripada
mereka bersetuju bahawa tahap keberkesanan latihan mengajar berada pada tahap
yang baik dan memuaskan. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu
diperbaiki dan dikemaskini bagi menjamin keberkesanannya berada pada tahap yang
lebih baik. Oleh yang demikian, hasil daripada dapatan kajian ini. dicadangkan
sebuah Buku Panduan Latihan Mengajar dengan harapan ia dapat membantu sedikit
sebanyak dalam usaha untuk memastikan keberkesanan latihan mengajar dapat terus
dikekal dan dipertingkatkan. |
---|