Keberkesanan latihan mengajar menurut persepsi pensyarah politeknik lepasan KUiTTHO

Program latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan bervvibawa. Kajian yang bertajuk "Keberkesanan Latihan Mengajar Menurut Persepsi Pensyarah Politeknik Lepasan KUiTTHO" ini dijalankan adalah bertuj...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: W Mohd Shaufil, W Mohd Hanif
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9467/1/24p%20W%20MOHD%20HANIFF%20BIN%20W%20MOHD%20SHAUFIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9467/2/W%20MOHD%20HANIFF%20BIN%20W%20MOHD%20SHAUFIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9467/3/W%20MOHD%20HANIFF%20BIN%20W%20MOHD%20SHAUFIL%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Program latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan bervvibawa. Kajian yang bertajuk "Keberkesanan Latihan Mengajar Menurut Persepsi Pensyarah Politeknik Lepasan KUiTTHO" ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana tahap keberkesanan program latihan mengajar yang wajib dilalui oleh pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan. Objektif kajian adalah untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan latihan mengajar menurut persepsi Pensyarah Politeknik Lepasan KUiTTHO dalam aspek perancangan pengajaran dan pembelajaran, aspek perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, aspek keperibadian dan ikhtisas serta aspek hubungan sosial dengan masyarakat institusi latihan. Seramai 71 responden dipilih secara rawak di lima buah politeknik yang terdapat di Malaysia. Hasil kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap latihan mengajar yang telah mereka jalani. Sebahagian besar daripada mereka bersetuju bahawa tahap keberkesanan latihan mengajar berada pada tahap yang baik dan memuaskan. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan dikemaskini bagi menjamin keberkesanannya berada pada tahap yang lebih baik. Oleh yang demikian, hasil daripada dapatan kajian ini. dicadangkan sebuah Buku Panduan Latihan Mengajar dengan harapan ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam usaha untuk memastikan keberkesanan latihan mengajar dapat terus dikekal dan dipertingkatkan.