Pembangunan dan penilaian sistem penempatan program latihan mengajar secara online
Perkembangan pesat dalam Teknologi Maklumat menerajui ke arah teknologi siber. Penggunaan teknologi maklumat telah banyak mempengaruhi budaya keija di Malaysia. Segala pengurusan dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan cekap berbanding sebelum penggunaan Teknologi Maklumat. Ka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9473/1/24p%20ANEETHA%20ASYIKEEN%20OTHMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9473/2/ANEETHA%20ASYIKEEN%20OTHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9473/3/ANEETHA%20ASYIKEEN%20OTHMAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan pesat dalam Teknologi Maklumat menerajui ke arah teknologi
siber. Penggunaan teknologi maklumat telah banyak mempengaruhi budaya keija di
Malaysia. Segala pengurusan dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih
pantas dan cekap berbanding sebelum penggunaan Teknologi Maklumat. Kajian ini
bertujuan untuk membangunkan dan menilai sistem penempatan program latihan
mengajar secara online (e-spplm) bagi kegunaan Ahli Jawatankuasa Program Latihan
Mengajar, KUiTTHO. Penilaian telah dilakukan terhadap keberkesanan e-spplm
yang dibangunkan dari aspek kebolehgunaan dan mesra pengguna. Pada mulanya
populasi kajian ini ialah pelajar Diploma Pendidikan Tahun 2 dan Saijana Muda
PTV Tahun 2 tetapi disebabkan terdapat kekangan dan masalah internet maka
pengkaji hanya memilih pelajar Saijana Muda PTV Tahun 2 sebagai populasi.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dan temubual separuh
struktur. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statictical
Packages For Social Sciences Version 11.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai skor
min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehgunaan espplm
adalah tinggi (skor min = 3.91) manakala tahap mesra pengguna e-spplm
adalah sederhana (skor min = 3.72). Secara keseluruhannya, keberkesanan e-spplm
adalah tinggi dengan skor min 3.82. Sistem sebegini juga di dapati boleh membantu
pihak pengurusan penempatan program latihan mengajar di KUiTTHO. Pengkaji
mencadangkan agar e-spplm ini diperkemaskan lagi dengan mempertingkatkan lagi
ciri-ciri mesra pengguna dan kebolehgunaan sistem dengan menambah fitur paparan
maklumat institusi supaya senang dicapai/akses oleh pelajar. |
---|