Penghasilan laman web di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek kejuruteraan jalan raya di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam KUiTTHO

Tujuan kajian ini ialah untuk memahami reaksi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan web. Dalam kajian ini, seramai 60 orang telah diambil sebagai sampel kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Awam di KUiTTHO yang terlibat dalam matapelajaran Kejuruteraan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Hamidah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9480/1/24p%20HAMIDAH%20ZAKARIA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9480/2/HAMIDAH%20ZAKARIA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9480/3/HAMIDAH%20ZAKARIA%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk memahami reaksi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan web. Dalam kajian ini, seramai 60 orang telah diambil sebagai sampel kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Awam di KUiTTHO yang terlibat dalam matapelajaran Kejuruteraan Jalan Raya (BKA4033). Di sini pengkaji ingin melihat reaksi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan web, kemudahan yang disediakan oleh Web Kejuruteraan Jalan Raya (WKJR) dan penilaian kandungan laman WKJR dari segi mesra pengguna yang dibangunkan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sebagai medium pembelajaran. Data di analisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 10.0 'Statistical Package for Social Sciences' untuk mendapatkan peratusan dan nilai min. Daripada hasil kajian yang diperolehi didapati bahawa pelajar bersetuju dengan pembelajaran berasaskan web (WKJR) yang dibangunkan oleh pengkaji. Oleh itu pelaksanaan pembelajaran berasaskan web boleh dijalankan di KUiTTHO kerana ia mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar. Justeru itu, dicadangkan kepada pihak yang terlibat supaya dapat memperkembangkan lagi laman web ini sehingga ianya digunakan sebagai alat bantu mengajar (ABM) untuk membantu pelajar-pelajar di dalam proses P&P