Kecenderungan pembelajaran teknikal melalui pembelajaran koperatif di kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UTHM

Pada masa kini terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang dipraktikkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sama ada gaya pembelajaran tersebut berpusatkan kepada pensyarah atau pelajar itu sendiri. Kurangnya kefahaman pelajar dengan gaya pembelajaran yang diterapkan akan memberi faedah yang tida...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Zain, Mohamad Naaim
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9487/1/24p%20MOHAMAD%20NAAIM%20MD%20ZAIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9487/2/MOHAMAD%20NAAIM%20MD%20ZAIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9487/3/MOHAMAD%20NAAIM%20MD%20ZAIN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang dipraktikkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sama ada gaya pembelajaran tersebut berpusatkan kepada pensyarah atau pelajar itu sendiri. Kurangnya kefahaman pelajar dengan gaya pembelajaran yang diterapkan akan memberi faedah yang tidak sepenuhnya dalam proses pembelajaran mereka. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat kecenderungan pembelajaran teknikal melalui pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan dan data diperolehi melalui borang soal selidik. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal diambil sebagai sampel kajian. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan tidak rawak. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 yang melibatkan min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman dan kecenderungan pelajar berkaitan pembelajaran koperatif adalah berada pada tahap tinggi. Kecenderungan terhadap elemen-elemen yang terdapat dalam pembelajaran koperatif juga berada pada tahap tinggi. Daripada elemen-elemen yang dikaji, pelajar lebih cenderung terhadap elemen interaksi secara bersemuka. Kesimpulannya, pelajar cenderung untuk mempraktikkan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses pembelajaran mereka.