Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM bertajuk "Prosedur Ujian Bahan Binaan Jalan Raya"

Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai penghasilan dan penilaian ke atas Video Dokumentari Pendidik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saim, Mohamed
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9488/1/24p%20MOHAMED%20SAIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9488/2/MOHAMED%20SAIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9488/3/MOHAMED%20SAIM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai penghasilan dan penilaian ke atas Video Dokumentari Pendidikan dalam bentuk CD-ROM yang dapat membantu dan memberi kefahaman kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di Politeknik Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 35 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah yang mengikuti modul Makmal Kejuruteraan Awam (C 303). Instrumen kajian ini ialah dengan menggunakan CD-ROM Video Dokumentari Pendidikan yang dibangunkan dan borang soal selidik. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.5 yang melibatkan nilai skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa maklum balas positif telah diberikan oleh responden terhadap pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Untuk Bahagian B (Membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar), purata nilai skor min adalah sebanyak 4.07. Manakala untuk Bahagian C (Memberi kefahaman kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran) pula, purata nilai skor min adalah sebanyak 4.14. Pengkaji berharap kajian yang telah dilakukan ini dapat diperbaiki dan diperkemaskan lagi bagi tujuan penambahbaikan oleh mereka yang berminat untuk membuat kajian yang sama pada masa hadapan.