Pembangunan media tayang (video) dalam prosedur ujikaji makmal bagi matapelajaran kejuruteraan jalanraya dan pengangkutan (BKA 4061) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan media tayang (video) bagi mata pelajaran Kejuruteraan Jalan Raya dan Pengangkutan (BKA 4061) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang Kejuruteraan Awam untuk diaplikasikan ke dalam kerjaya pelajar kelak. Kajian yang di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nor, Nor Suriani
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9507/1/24p%20NOR%20SURIANI%20MOHD%20NOR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9507/2/NOR%20SURIANI%20MOHD%20NOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9507/3/NOR%20SURIANI%20MOHD%20NOR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan media tayang (video) bagi mata pelajaran Kejuruteraan Jalan Raya dan Pengangkutan (BKA 4061) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang Kejuruteraan Awam untuk diaplikasikan ke dalam kerjaya pelajar kelak. Kajian yang digunakan berbentuk tinjauan iaitu instrumen borang soal selidik dan analisis kandungan untuk mengumpulkan data. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar yang mengambil matapelajaran (BKA 4061). Kumpulan ini terdiri daripada 196 pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Awam di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Namun pengambilan sampel adalah 30 peratus daripada jumlah populasi iaitu sebanyak 60 orang responden sahaja. Data dikumpul mengunakan soal selidik dan dianalisis mengunakan analisis frekuensi dan diskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek teknikal, aspek kurikulum dan aspek mesra pengguna adalah di tahap interprestasi yang setuju dan tinggi dan pelajar bersetuju dan menerima media tayang (video) yang dibangunkan. Oleh itu dicadangkan agar pihak yang terbabit memperkembangkan lagi penggunaan media tayang (video) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan sebarang masalah yang timbul dapat diperbaiki bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang di masa hadapan