Pembangunan dan penilaian modul pembelajaran kendiri sistem catatan bergu (MPSCB). kajian pelajar semester satu, Jabatan Perdagangan, POLIMAS

Kajian ini dijalankan untuk membina dan menilai Modul Pembelajaran Kendiri Sistem Catatan Bergu (MPSCB) bagi subjek Perakaunan Awalan setelah mengenai pasti masalah pelajar dari aspek konsep debit dan kredit bagi topik Catatan Bergu. Di samping itu, kajian turut menfokuskan kepada gaya pembelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahya, Siti Noor Saadah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9519/1/24p%20SITI%20NOOR%20SAADAH%20YAHYA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9519/2/SITI%20NOOR%20SAADAH%20YAHYA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9519/3/SITI%20NOOR%20SAADAH%20YAHYA%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk membina dan menilai Modul Pembelajaran Kendiri Sistem Catatan Bergu (MPSCB) bagi subjek Perakaunan Awalan setelah mengenai pasti masalah pelajar dari aspek konsep debit dan kredit bagi topik Catatan Bergu. Di samping itu, kajian turut menfokuskan kepada gaya pembelajaran pelajar bagi topik tersebut. Kajian telah dijalankan ke atas para pelajar Semester Satu, Jabatan Perdagangan, POLIMAS. Responden terdiri daripada 65 orang pelajar iaitu 17 lelaki dan 48 perempuan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik, modul yang telah disahkan dari segi gagasan isinya dan soalan ujian. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 for Windows (Statistical Package for The Social Science Version 11). Dapatan menunjukkan pelajar menghadapi masalah dalam topik Catatan Bergu. Oleh itu, pelajar lebih gemar belajar secara berkumpulan. Para pelajar juga memberi respon yang baik terhadap penerimaan pembelajaran secara bermodul. Ini berdasarkan pencapaian pelajar meningkat setelah menggunakan modul ini. Penggunaan modul diharapkan dapat membantu pelajar dan pensyarah bagi mata pelajaran Perakaunan Awalan sebagai bahan untuk proses pengajaran & pembelajaran yang lebih menarik di politeknik-politeknik.