Cabaran penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah: satu kajian kes di KUiTTHO

Perkembangan teknologi di alaf baru ini telah menampakkan kepentingan teknologi maklumat sebagai suatu alat yang penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan termasuklah di dalam bidang pendidikan. Pensyarah menggunakan teknologi maklumat sebagai media yang membantu proses pengajaran dan pemb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Harun, Norwani
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9555/1/24p%20NORWANI%20HARUN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9555/2/NORWANI%20HARUN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9555/3/NORWANI%20HARUN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi di alaf baru ini telah menampakkan kepentingan teknologi maklumat sebagai suatu alat yang penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan termasuklah di dalam bidang pendidikan. Pensyarah menggunakan teknologi maklumat sebagai media yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan menghadapi pelbagai cabaran dalam menggunakan teknologi tersebut. Kajian ini tertumpu kepada usaha mengenal pasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran. Seramai 37 orang pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan telah terlibat sebagai responden. Program SPSS Versi 6.0 telah digunakan bagi menganalisa data yang diperolehi dan statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisa dapatan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran seperti kekurangan latihan penggunaan teknologi maklumat, kekurangan perkakasan yang mencukupi dan terkini serta perisian yang kurang bersesuaian dengan bidang pengajaran