Pembangunan prototaip modul pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran mekanik pepejal (tegasan dan terikan)

Penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PPBK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah mendapat perhatian masa kini. Justeru itu, bagi meningkatkan mutu P&P penggunaan komputer dalam pengajaran perlu dimurnikan dengan mengambil kira rekabentuk pengajara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Ali, Asrudin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9560/2/24p%20ASRUDIN%20MAT%20ALI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9560/1/ASRUDIN%20MAT%20ALI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9560/3/ASRUDIN%20MAT%20ALI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PPBK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah mendapat perhatian masa kini. Justeru itu, bagi meningkatkan mutu P&P penggunaan komputer dalam pengajaran perlu dimurnikan dengan mengambil kira rekabentuk pengajaran (instructional design), di samping menitik beratkan isi kandungan, paparan maklumat dan unsur-unsur motivasi. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghasilkan prototaip modul PPBK bagi mata pelajaran Mekanik Pepejal (Tegasan dan Terikan). Pemilihan mata pelajaran Mekanik Pepejal adalah disebabkan mata pelajaran tersebut merupakan teras kepada bidang kejuruteraan Mekanikal. Bagi membolehkan para pelajar menguasai mata pelajaran Mekanik Pepejal, konsepkonsep asas tentang mekanik bahan kejuruteraan amatlah perlu difahami. Prototaip modul ini dibentuk berdasarkan model pengajaran ADDIE. Pendekatan yang digunakan untuk merekabentuk prototaip modul ini ialah berdasarkan strategi pengajaran direktif dan penggunaan Peta Pengetahuan bagi memudahkan penyampaian konsep. Prototaip modul telah dinilai oleh tiga («=3) orang pensyarah mata pelajaran Mekanik Pepejal di Kolej Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik (skala Likert 1-5) dan juga temu bual. Penilaian telah dibuat terhadap kesesuaian isi kandungan, tahap mesra pengguna dan tahap kebolehlaksanaan. Keputusan berdasarkan skor min menunjukkan bahawa prototaip modul mempunyai tahap kesesuaian isi, tahap mesra pengguna dan tahap kebolehlaksanaan yang tinggi (4.06,4.14 dan 4.07). Adalah dijangkakan dengan pembangunan prototaip seumpama ini yang boleh dimantapkan dalam bentuk modul akan membantu pensyarah dalam proses P&P.