Pembangunan dan penilaian modul berbantukan komputer(mbk) bagi mata pelajaran pengurusan perniagaan (P 315) di politeknik

Bagi merealisasikan hasrat pendidikan negara dalam mengoptimakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka penyelidik cuba meninjau tahap penggunaan modul berbantukan komputer (MBK) dalam mata pelajaran Pengurusan Perniagaan (P 315) di kalangan pelajar semester tiga Diploma Pemasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Yusof, Azean Irdawaty
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9561/2/24p%20AZEAN%20IRDAWATY%20MOHAMED%20YUSOF.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9561/1/AZEAN%20IRDAWATY%20MOHAMED%20YUSOF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9561/3/AZEAN%20IRDAWATY%20MOHAMED%20YUSOF%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bagi merealisasikan hasrat pendidikan negara dalam mengoptimakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka penyelidik cuba meninjau tahap penggunaan modul berbantukan komputer (MBK) dalam mata pelajaran Pengurusan Perniagaan (P 315) di kalangan pelajar semester tiga Diploma Pemasaran, Politeknik Port Dickson. Seramai 46 orang responden telah dipilih bagi menjawab tiga persoalan kajian . Maklum balas melalui soal selidik pelajar telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dalam persoalan kajian pertama, skor min keseluruhan yang diperolehi terhadap tahap penggunaan MBK Pengurusan Perniagaan P 315 dari aspek kesesuaian isi kandungan adalah pada tahap sangat baik iaitu 4.44. Manakala persoalan kajian kedua, pelajar turut bersetuju tahap persembahan pengajararan yang digunakan dalam MBK Pengurusan Perniagaan P 315 adalah sangat baik, dengan min keseluruhan 4.48. Seterusnya dalam persoalan kajian ketiga, skor min keseluruhan yang diperolehi adalah 4.56 menunjukkan satu dapatan keputusan yang baik terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam MBK ini. Di akhir bab kajian ini, beberapa pandangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan MBK melalui pembangunan perisian yang lebih mantap pada masa hadapan