Penghasilan modul pembelajaran kendiri berasaskan komputer mata pelajaran prinsip elektrik (topik perintang)
Penubuhan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia (KKKPM) adalah untuk menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosioekonomi melalui pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses. Oleh yang demikian ba...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9613/1/24p%20MAZUIN%20%20STAPAH%20%40%20SALLEH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9613/2/MAZUIN%20%20STAPAH%20%40%20SALLEH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9613/3/MAZUIN%20%20STAPAH%20%40%20SALLEH%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penubuhan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia (KKKPM) adalah untuk
menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosioekonomi melalui pendidikan sepanjang
hayat yang fleksibel dan mudah akses. Oleh yang demikian bahan pembelajaran yang
disediakan untuk para pelajar haruslah sesuai dengan latar belakang akademik mereka.
Justeru kajian ini bertujuan membina satu Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan
Komputer (MPKBK) Mata Pelajaran Prinsip Elektrik (Topik Perintang) untuk KKKPM.
Perisian utama yang digunakan untuk membangunkan modul ini adalah Macromedia
Authorware 6.5, Macromedia Flash MX dan Adobe Photoshop 6.0. Instrumen kajian
yang digunakan pula adalah soal selidik yang telah diubahsuai oleh pengkaji melalui
sumber yang telah disahkan. Populasi kajian melibatkan 33 orang pelajar Kolej
Komuniti Segamat. Penganalisisan data menggunakan perisian Stat istical Package for
Social Science (SPSS) versi 11.5 dan dapatan kajian dianalisis berdasarkan peratusan
dan min. Setelah analisis kajian dijalankan, di dapati bahawa modul ini mempunyai
kesesuaian dari segi kandungan dan memberi motivasi kepada pelajar berdasarkan
purata nilai skor min yang diperoleh iaitu 4.40. Maka modul ini boleh dibangunkan
untuk membantu pelajar menjalankan pembelajaran kendiri. Namun terdapat beberapa
pembaikan dan cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji untuk diperhatikan semula
bagi tujuan kajian akan datang |
---|