Keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi tajuk akaun penamat dan kunci kira-kira mata pelajaran perakaunan awalan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Jitra Kedah

Kajian ini menggunakan modul pembelajaran kendiri sebagai penilaian terhadap gaya pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap modul pembelajaran, mengetahui kewujudan peningkatan keberkesanan pembelajaran dalam kelas, mengetahui suasana sebenar menggunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nayan, Nirwani
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9625/1/24p%20NIRWANI%20NAYAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9625/2/NIRWANI%20NAYAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9625/3/NIRWANI%20NAYAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menggunakan modul pembelajaran kendiri sebagai penilaian terhadap gaya pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap modul pembelajaran, mengetahui kewujudan peningkatan keberkesanan pembelajaran dalam kelas, mengetahui suasana sebenar menggunakan modul dan mendapatkan maklum balas pensyarah terhadap modul yang dihasilkan. Kajian akan dijalankan ke atas para pelajar diploma Akauntansi daripada Politeknik Muad'zam Shah. Responden terdiri daripada 31 orang pelajar semester 1 yang sedang mengikuti mata pelajaran Perakaunan Awalan (P 101) pada sesi 2003/2004. Kajian ini akan melaporkan hasil kajian yang diperolehi dalam mata pelajaran ini dibawah tajuk Akaun Penamat Dan Kunci Kira-Kira. Penilaian modul ini dilakukan ke atas pelajar dan pensyarah dengan menggunakan kaedah borang soal selidik, pemerhatian, teknik pengujian dan temu bual. Dua pendekatan digunakan untuk mendapatkan data iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan persepsi pelajar terhadap modul pembelajaran ini. Sementara itu, teknik pengujian bagi pra-ujian dan pos-ujian dilakukan untuk menguji kefahaman dan penguasaan pembelajaran pelajar berdasarkan skor markah yang diperolehi. Manakala pendekatan kualitatif pula digunakan untuk mendapatkan data melalui pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian akan menunjukkan maklum balas daripada pelajar dan pensyarah terhadap keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri yang akan dihasilkan