Penghasilan modul pembelajaran kendiri berasaskan cakera pad at dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek teknologi bahan 1 (J 3022) kursus kejuruteraan mekanikal
Pendidik menyedari akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar. Dalam beberapa keadaan mereka mampu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan. Namun begitu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa para pelajar biasanya terikat pada turu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9626/1/24p%20NOOR%20HAYATI%20MAT%20TAIB.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9626/2/NOOR%20HAYATI%20MAT%20TAIB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9626/3/NOOR%20HAYATI%20MAT%20TAIB%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidik menyedari akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para
pelajar. Dalam beberapa keadaan mereka mampu meringankan kesulitan yang
dihadapi oleh pelajar berkenaan. Namun begitu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa para pelajar biasanya terikat pada turutan
pengajaran dan bahan pembelajaran yang sama. Oleh yang demikian, salah satu cara
yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengindividukan
pengajaran menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK). Langkah ini
membolehkan kemudahlenturan dari segi pemilihan dan penggunaan bahan P&P
serta memberi sedikit kebebasan kepada pelajar untuk meneruskan proses
pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing. Berdasarkan perkara ini, satu
Modul Pengajaran Kendiri "Teknologi Bahan 1" dihasilkan bagi membantu pelajar
Diploma Kejuruteraan Mekanikal Semester Dua di Politeknik Port Dickson.
Objektif kajian ini untuk menghasilkan MPK yang mempunyai skop kandungan isi
serta ciri-ciri yang menarik supaya dapat membantu meningkatkan kefahaman
pelajar serta menarik minta pelajar mengikut pelajaran dalam topik 'Struktur Bahan
dan Pemejalan'. Responden terdiri daripada 78 orang pelajar Diploma Kejuruteraan
Mekanikal semester Dua Politeknik Port Dickson. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini adalah borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan nilai min bagi aspek
skop kandungan dan kesesuaian isi adalah 3.95, aspek ciri-ciri CD-MPK adalah
3.68, aspek kefahaman adalah 3.78, manakala dalam aspek memenuhi keperluan dan
kehendak pelajar adalah 3.93. Ini jelas membuktikan bahawa CD-MPK yang
dihasilkan adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan P&P masa kini. Oleh yang
demikian, dicadangkan agar CD-MPK yang dihasilkan bagi semua mata pelajaran
yang diajar di politeknik |
---|