Penghasilan dan penilaian modul pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran teknologi bangunan dan bahan Nurfirdawati Muhamad Hanafi

Kajian ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan penggunaan Modul Pengajaran Berbantukan Komputer (MPBK) dalam mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penil...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Muhamad Hanafi, Nurfirdawati
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9631/1/24p%20NURFIRDAWATI%20MUHAMAD%20HANAFI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9631/2/NURFIRDAWATI%20MUHAMAD%20HANAFI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9631/3/NURFIRDAWATI%20MUHAMAD%20HANAFI%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan penggunaan Modul Pengajaran Berbantukan Komputer (MPBK) dalam mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penilaian pensyarah dan pelajar terhadap MPBK yang dihasilkan dan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan percubaan iaitu pelajar yang menggunakan MPBK dengan kumpulan terkawal iaitu pelajar yang melalui kaedah pembelajaran tradisional. Ia juga bertujuan untuk melihat sama ada MPBK yang dihasilkan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian pelajar. Responden terdiri daripada 5 orang pensyarah mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan dan 56 orang pelajar Diploma Ukur Bahan semester 2 di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Dapatan data diperolehi dengan mengedarkan borang penilaian MPBK dan menjalankan ujian formatif ke atas pelajar. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif iaitu skor min dan peratus serta analisis inferens iaitu ujian-t dan kolerasi pearson. Hasil kajian menunjukkan pelajar dan pensyarah memberikan penilaian positif terhadap pendekatan MPBK. Didapati juga, pelajar kumpulan percubaan memperlihatkan tahap pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar kumpulan terkawal dalam ujian formatif yang dijalankan. Daripada kajian juga didapati terdapat hubungan yang signifikan di antara MPBK dengan tahap pencapaian pelajar. Ini menunjukkan bahawa MPBK yang baik dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Dengan ini MPBK yang dihasilkan berpotensi diketengahkan sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran