Pembangunan bahan pengajaran : modul pengajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran elektrik di politeknik
Alat bahan bantu mengajar (ABBM) merupakan satu keperluan bagi pensyarah semasa pengajaran. Perubahan teknologi semasa telah membawa perubahan pada kaedah serta corak ABBM yang digunakan. ABBM mampu merangkumi isi-isi pengajaran dengan padat, ringkas dan menarik perhatian pelajar. Dalam kajian in...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
语言: | English English English |
出版: |
2003
|
主题: | |
在线阅读: | http://eprints.uthm.edu.my/9632/1/24p%20PETRUS%20JULINI%20ANAK%20GOEL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9632/2/PETRUS%20JULINI%20ANAK%20GOEL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9632/3/PETRUS%20JULINI%20ANAK%20GOEL%20WATERMARK.pdf |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Alat bahan bantu mengajar (ABBM) merupakan satu keperluan bagi pensyarah
semasa pengajaran. Perubahan teknologi semasa telah membawa perubahan pada kaedah
serta corak ABBM yang digunakan. ABBM mampu merangkumi isi-isi pengajaran
dengan padat, ringkas dan menarik perhatian pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji telah
membangunkan satu bahan pengajaran (ABBM) berapa Modul Pengajaran Berbantu
Komputer (MPBK) bagi mata pelajaran Teknologi Elektrik I (El 063). Kajian dilakukan
bertujuan untuk menilai sama ada MPBK menepati sukatan pelajaran, menepati syarat
reka bentuk pengajaran dan memotivasikan pelajar yang berlainan latar belakang.
Pensyarah bagi mata pelajaran E1063 dari Politeknik Kuching Sarawak (POLIKU)
dipilih untuk menilai dan menentu sahkan MPBK. Sebanyak 50 orang pelajar semester
pertama daripada kursus Sijil Kejuruteraan Mekanikal di POLIKU dipilih sebagai
responden. Instrumen yang digunakan terdiri daripada MPBK yang dibangunkan,
borang senarai semak dan borang soal selidik. Data-data deskriptif daripada borang soal
selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pengkaji telah beijaya membangunkan MPBK yang menepati sukatan pelajaran E1063
serta syarat reka bentuk pengajaran. MPBK juga didapati memotivasikan pelajar yang
berlainan latar belakang dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, namun begitu analisis
data menunjukkan kaedah pengajaran secara tradisional masih diperlukan. Bantuan
pensyarah masih diperlukan dalam proses pengajaran walaupun ABBM seperti MPBK
digunakan dalam pengajaran. Ini bukan menunjukkan satu kelemahan tetapi hakikat
bahawa ABBM merupakan alat penyokong atau pelengkap kepada sistem pengajaran
dan pembelajaran |
---|