Aplikasi penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah-pensyarah Sarjana Pendidikan Teknikal, KUiTTHO
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada penggunaan komputer akan memberi kesan positif lebih daripada negatif kepada pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau kemahiran pensyarah dalam menggunakan komputer, mengenalpasti tujuan pengguna...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9638/1/24p%20ZALINDA%20IRAHIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9638/2/ZALINDA%20IRAHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9638/3/ZALINDA%20IRAHIM%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada penggunaan
komputer akan memberi kesan positif lebih daripada negatif kepada pensyarah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau kemahiran
pensyarah dalam menggunakan komputer, mengenalpasti tujuan penggunaan
komputer oleh pensyarah-pensyarah dan juga jenis-jenis perisian yang sering
digunakan untuk mengajar dan melakukan persediaan mengajar. Kajian juga ingin
melihat masalah dan persepsi pensyarah-pensyarah terhadap penggunaan komputer
dalam bidang pendidikan. Sampel kajian terdiri daripada 25 orang pensyarah Sarjana
Pendidikan Teknikal yang dipilih secara rawak dari Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan
taburan frekuensi, peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah
bersetuju bahawa penggunaan komputer akan memberikan kesan positif lebih
daripada negatif kepada pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian
juga menunjukkan pensyarah mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer
bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu. Penggunaan komputer di kalangan
pensyarah lebih menumpu kepada tujuan mencari maklumat menerusi internet dan
juga penghasilan alat dan bahan bantu mengajar. Antara perisian-perisian yang sering
digunakan oleh pendidik adalah perisian-perisian berbentuk pemprosesan perkataan
dan internet. Faktor utama yang memberi masalah kepada pendidik dalam
penggunaan komputer adalah masalah ketiadaan komputer yang tidak mencukupi.
Namun demikian, pensyarah-pensyarah didapati memberikan persepsi yang positif
terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan . Sebagai kesimpulan, kajian
mendapati penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat diaplikasikan oleh pensyarah dengan baik walaupun tidak
sepenuhnya |
---|