Penghasilan dan penilaian koswer manual reka bentuk sistem sesalur penyaman udara

Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan koswer reka bentuk Sistem Penyaman Udara (SPU) bagi menambah koleksi bahan rujukan bercetak yang sedia ada. Kajian ini melibatkan proses pemungutan data dalam dua fasa. Dalam fasa pertama data dikumpulkan berkenaan dengan persepsi pelajar terhadap bah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahip Dionnysius, Saiting
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9688/1/24p%20SAlTING%20AHIP%20DIONNYSIUS.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9688/2/SAlTING%20AHIP%20DIONNYSIUS%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9688/3/SAlTING%20AHIP%20DIONNYSIUS%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan koswer reka bentuk Sistem Penyaman Udara (SPU) bagi menambah koleksi bahan rujukan bercetak yang sedia ada. Kajian ini melibatkan proses pemungutan data dalam dua fasa. Dalam fasa pertama data dikumpulkan berkenaan dengan persepsi pelajar terhadap bahan rujukan bercetak yang boleh didapati di perpustakaan KUiTTHO, pengetahuan sedia ada pelajar dalam SPU dan persepsi pelajar terhadap keperluan sumber rujukan berbentuk koswer. Fasa kedua pula melibatkan pengumpulan data bagi penilaian kebolehgunaan koswer yang dibangunkan. Dalam mengutip data yang dikehendaki, borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tahun akhir Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan). Dapatan dari fasa pertama menunjukkan; (1) Pelajar tidak berpuas hati dengan bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan KUiTTHO, (2) Tahap pengetahuan sedia ada pelajar adalah sederhana dan (3) Terdapatnya keperluan koswer bagi subjek SPU. Dapatan ini dijadikan asas dalam penghasilan koswer. Reka bentuk koswer adalah berdasarkan kepada Teori Konstruktivisme dan model pengajaran adalah berdasarkan kepada model ASSURE. Penilaian koswer adalah merangkumi empat aspek; isi kandungan, strategi pengajaran, persembahan pengajaran dan aspek teknikal. Secara keseluruhannya, responden memberikan maklumbalas yang positif terhadap koswer yang dihasilkan dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memumikan lagi kualiti koswer yang telah dibangunkan. Salah satu cadangan yang telah dikemukakan adalah mewujudkan link pada koswer dengan perisian lain