Apakah jurang digital menghasilkan pelajar berisiko? (tinjauan ke atas pelajar diploma kejuruteraan mekanikal (DWA) tahun satu dan dua, dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di KUiTTHO
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji "apakah jurang digital menghasilkan pelajar berisiko?" Bagi menjawab persoalan ini, empat dimensi kajian yang digunakan iaitu pemahaman status pencapaian akademik, kesedaran, kemahiran dan amalan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9697/1/24p%20MOHD%20MOHADIR%20HARUN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9697/2/MOHD%20MOHADIR%20HARUN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9697/4/MOHD%20MOHADIR%20HARUN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji "apakah jurang digital menghasilkan
pelajar berisiko?" Bagi menjawab persoalan ini, empat dimensi kajian yang digunakan
iaitu pemahaman status pencapaian akademik, kesedaran, kemahiran dan amalan
penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian mi telah
dijalankan ke atas pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun Satu dan Dua, dan
Pensyarah -labatan Kejuruteraan Mekanikal Di KUiTTHO. Seramai 140 orang pelajar
dan 20 orang pensyarah telah dipilih secara rawak untuk menjawab soalan soal selidik.
Soalan soal selidik yang dibina mengandungi profail responden, pemahaman status
pencapaian akademik, kesedaran, kemahiran dan amalan penggunaan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis dengan menggunakan pensian
SPSS 10.0 for windows. Statistik diskriptif berbentuk peratusan, kekerapan dan skor min
digunakan untuk menerangkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
jurang digital mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian akademik pelajar.
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan kemahiran dan amalan penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agak sederhana dikalangan pelajar
dan pensyarah. |
---|