Kesediaan bakal pendidik teknik dan vokasional menerima penempatan yang ditetapkan

Pendidik berperanan menyebarkan ilmu dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesediaan seseorang itu untuk menjadi pendidik adalah bergantung pada kesediaan mereka dalam menyiapkan diri ke arah alam pekerjaan sebenar. Justeru itu, kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noor, Nazihah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9700/1/24p%20NAZIHAH%20MOHD%20NOOR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9700/2/NAZIHAH%20MOHD%20NOOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9700/3/NAZIHAH%20MOHD%20NOOR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidik berperanan menyebarkan ilmu dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesediaan seseorang itu untuk menjadi pendidik adalah bergantung pada kesediaan mereka dalam menyiapkan diri ke arah alam pekerjaan sebenar. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti kesediaan bakal pendidik Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) menerima penempatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadi pendidik di institusi pengajian seperti Sekolah Menengah Teknik, Kolej Komuniti dan Politeknik. Kajian ini melibatkan seramai 161 orang sampel kajian yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Saijana Muda dan pelajar Saijana yang sedang mengikuti program PTV di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dipilih secara rawak sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan temu bual bagi menyokong data soal selidik. Data-data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 12.0 yang melibatkan analisis faktor, statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima faktor yang menunjukkan status kesediaan responden bersedia iaitu bagi faktor insentif, hubungan sosial, fizikal, intelek dan persekitaran. Tiga faktor yang lain menunjukkan status kesediaan responden kurang bersedia iaitu bagi faktor kemudahan prasarana, emosi dan bebanan keija. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menunjukkan bakal pendidik PTV kurang bersedia dalam menerima arahan penempatan yang ditetapkan. Pengkaji mencadangkan supaya bakal pendidik perlu diberi pendedahan yang secukupnya semasa mengikuti program pendidikan agar mereka lebih bersedia dalam menerima arahan penempatan ini