Pembinaan modul soalan-soalan latihan berjawapan bagi mata pelajaran mekanik tanah

Modul Pembelajaran yang dibina adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam menguasai penyelesaian masalah proses pengiraan bagi mata pelajaran Mekanik Tanah. Mekanik Tanah adalah merupakan salah satu subjek yang memerlukan kemahiran di dalam teknik menjawab soalan-soalan latihan menyelesaikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mad, Norazila
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9703/1/24p%20NORAZILA%20MAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9703/2/NORAZILA%20MAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9703/3/NORAZILA%20MAD%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Modul Pembelajaran yang dibina adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam menguasai penyelesaian masalah proses pengiraan bagi mata pelajaran Mekanik Tanah. Mekanik Tanah adalah merupakan salah satu subjek yang memerlukan kemahiran di dalam teknik menjawab soalan-soalan latihan menyelesaikan masalah berdasarkan jalan kira yang lengkap. Kajian dijalankan ke atas penentuan tahap keperluan modul soalan-soalan latihan beijawapan bagi mata pelajaran Mekanik Tanah dari aspek kefahaman pelajar, gaya susunan proses pengiraan, kebolehlaksanaan dan sumber rujukan utama. Rekabentuk pembinaan modul adalah merujuk kepada model kerangka Biggs. Responden yang telah dipilih dalam menentukan tahap keperluan ke atas modul ini dari aspek-aspek di atas adalah terdiri daripada pelejar-pelajar Ijazah Saijana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, KUiTTHO.Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) 11.0 for Windows. Data-data yang yang dikumpul dari soal selidik dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif. Tinjauan hasil dapatan ke atas keputusan analisis menunjukkan bahawa tahap keperluan ke atas keempat-empat aspek di atas adalah tinggi. Ini menunjukkan modul diperlukan. Kebanyakan responden bersetuju bahawa keperluan modul soalan-soalan latihan berjawapan ini adalah pada peratusan yang tinggi. Keputusan purata skor min menunjukkan setiap keperluan iaitu dari aspek kefahaman pelajar, gaya susunan proses pengiraan, kebolehlaksanaan dan sumber rujukan utama adalah pada tahap yang tinggi. Secara Keseluruhan hasil analisis bagi purata min skor menunjukkan (analisis spesifikasi 1 adalah 3.21, spesifikasi 2 ialah 3.32., spesifikasi 3 ialah 3.46 dan spesifikasi 4 ialah 3.48). Secara keseluruhan, pembinaan modul set jawapan ini berjaya memenuhi keperluan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mengambil mata pelajaran Mekanik Tanah