Kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO

Kajian kes ini dijalankan untuk mengenai pasti faktor dalaman utama yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO. Faktor-faktor dalaman yang dimaksudkan ialah sikap dan minat; pendedahan dan kemahiran; dan beban tugas. Kaedah soal selidik telah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Gindan, Sylvester
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2001
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/9713/1/24p%20SYLVESTER%20GINDAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9713/2/SYLVESTER%20GINDAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9713/3/SYLVESTER%20GINDAN%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian kes ini dijalankan untuk mengenai pasti faktor dalaman utama yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO. Faktor-faktor dalaman yang dimaksudkan ialah sikap dan minat; pendedahan dan kemahiran; dan beban tugas. Kaedah soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data kajian. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pensyarah dan pengajar yang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, KUiTTHO. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 111 orang iaitu 51 orang atau 45.9% dari Fakulti Kejuruteraan dan 60 orang atau 54.1% dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Data kajian telah dianalisis menggunakan pakej perisian komputer SPSS versi 10.0. Ketiga-tiga faktor dalaman yang dikaji diinterpretasikan berdasarkan nilai min. Hasil kajian ini mendapati faktor sikap dan minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO