Pendekatan web dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pembangunan Keusahawanan di Politeknik Ungku Omar

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau pendekatan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pembangunan Keusahawanan di Politeknik Ungku Omar. Objektif kajian ialah untuk melihat sama ada laman web yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dan dapat membantu meningkatk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ya'akob, Hashamuddin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9722/1/24p%20HASHAMUDDIN%20YA%27AKOB.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9722/2/HASHAMUDDIN%20YA%27AKOB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9722/3/HASHAMUDDIN%20YA%27AKOB%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau pendekatan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pembangunan Keusahawanan di Politeknik Ungku Omar. Objektif kajian ialah untuk melihat sama ada laman web yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden yang terdiri daripada pelajar Diploma Akauntansi, Semester 6 yang mengambil kursus Pembangunan Keusahawanan di Politeknik Ungku Omar sesi 2003/2004. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel bagi data soal selidik bahagian A dan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) bagi data soal selidik bahagian B. Hasil kajian menunjukkan pendekatan web dapat menarik minat pelajar dan memperolehi skor min sebanyak 3.20. Kajian juga menunjukkan bahawa laman web yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dengan nilai skor min adalah 3.35 dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar dengan nilai skor min adalah 3.21. Ini menunjukkan bahawa pendekatan web dapat menarik minat pelajar dengan wujudnya ciri-ciri mesra pengguna serta dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar