Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik : kajian di kalangan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO

Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk melihat bagaimana hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Objektif kajian ialah mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian juga t...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Shaffai, Mohd Rakime
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9726/1/24p%20MOHD%20RAKIME%20SHAFFAI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9726/2/MOHD%20RAKIME%20SHAFFAI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9726/3/MOHD%20RAKIME%20SHAFFAI%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk melihat bagaimana hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Objektif kajian ialah mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian juga tertumpu kepada mengenalpasti jantina, bangsa, umur dan perkaitannya dengan pencapaian akademik. Selain itu, kajian juga ingin melihat tahap kecerdasan emosi melalui empat konstruk iaitu konstruk kawalan diri, konstruk motivasi/kesedaran diri, konstruk pengurusan emosi dan konstruk kemahiran sosial. Pembinaan manual pengukuran kecerdasan emosi juga menjadi salah satu objektif kepada kajian ini. Seramai 100 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) terlibat dalam kajian yang dijalankan. Instrumen kajian ialah soal selidik dan data-data yang telah diperolehi telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 10.0 untuk memudahkan pelaksanaan kajian. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang lemah dengan jantina dan umur, hubungan yang sederhana antara kecerdasan emosi dengan bangsa. Bagi kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Keempat-empat konstruk juga menunjukkan tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Melalui komen dan cadangan berkaitan manual pengukuran kecerdasan emosi, secara keseluruhannya penyelidik perlu menambahkan soalan-soalan berbentuk kecerdasan emosi dan manual yang disediakan mudah untuk mereka fahami serta senang digunakan