Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran mesyuarat syarikat dan pelaksanaannya : satu kajian kes di Politeknik Port Dickson

Laporan Projek Saijana ini mempersembahkan tajuk kajian bertajuk "Penghasilan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Mesyuarat Syarikat dan Pelaksanaannya: Satu Kajian Kes Di Politeknik Port Dickson". Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Diploma Akauntansi meningkatkan pemahama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Musa, Noradilah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9734/1/24p%20NORADILAH%20CHE%20MUSA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9734/2/NORADILAH%20CHE%20MUSA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9734/3/NORADILAH%20CHE%20MUSA%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan Projek Saijana ini mempersembahkan tajuk kajian bertajuk "Penghasilan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Mesyuarat Syarikat dan Pelaksanaannya: Satu Kajian Kes Di Politeknik Port Dickson". Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Diploma Akauntansi meningkatkan pemahaman dalam topik pelaksanaan mesyuarat syarikat dengan menghasilkan modul pengajaran kendiri bagi topik tersebut. Responden adalah terdiri daripada 44 orang pelajar semester enam Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data dan program SPSS 11.5 (Statistical Package For The Social Sciences) digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalsis secara peratusan dan statistik deskriptif iaitu taburan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan hampir keseluruhan pelajar bersetuju modul tersebut dihasilkan untuk membantu proses pembelajaran mesyuarat syarikat di kalangan pelajar-pelajar Diploma Akauntasi. Ini boleh dilihat kepada nilai skor min yang tertinggi pada item 33 dalam borang soal selidik iaitu "saya dapati modul ini sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar Diploma Akauntansi dalam mempelajari pelaksanaan mesyuarat syarikat" iaitu 4.43.