Kajian keselamatan dalam makmal alam sekitar dan penghasilan buku panduan keselamatan

Dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional, kerja-kerja amali dalam makmal adalah merupakan pelengkap bagi pelajaran teori. Pengurusan makmal adalah penting kerana ia melibatkan keselamatan, nyawa pengguna dan peralatan makmal. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sistem pengur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Sani, Ronina Sainira
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9819/1/24p%20RONINA%20SAINIRA%20MOHAMAD%20SANI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9819/2/RONINA%20SAINIRA%20MOHAMAD%20SANI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9819/3/RONINA%20SAINIRA%20MOHAMAD%20SANI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional, kerja-kerja amali dalam makmal adalah merupakan pelengkap bagi pelajaran teori. Pengurusan makmal adalah penting kerana ia melibatkan keselamatan, nyawa pengguna dan peralatan makmal. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sistem pengurusan dalam makmal dari segi susunatur peralatan dan meja kerja. Selain daripada itu tinjauan terhadap ciri-ciri keselamatan yang terdapat di dalam makmal juga akan dikaji bagi mengetahui keberkesanannya kepada pengguna. Metadologi kajian ini berdasarkan soal selidik yang diperolehi daripada 55 orang pelajar dan 10 orang pensyarah serta juruteknik. Penganalisaan data menggunakan perisian SPSS versi 11.0 dan dapatan kajian dianalisis dengan peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian merujuk kepada analisis data didapati keadaan makmal pada kebiasaannya nampak selamat namun masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Oleh itu satu buku panduan keselamatan dihasilkan sebagai bimbingan kepada pelajar, pensyarah dan juruteknik. Daripada kajian ini adalah diharapkan ia akan dapat memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya susunatur di dalam makmal yang dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan serta pentingnya penerapan sikap pelajar supaya bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam makmal