Kerjasama dan perkongsian sumber sebagai strategi meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional : satu tinjauan di Kolej Universtii Teknologi Tun Hussein Onn

Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan satu bidang pendidikan yang memerlukan sumber kewangan yang besar untuk mengendalikan pengajiannya. Walaubagaimanapun, sistem pendidikan ini semakin penting kerana ia adalah penyumbang utama di dalam melahirkan tenaga kerja terlatih untuk negara. Keberk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim, Sakinah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9827/1/24p%20SAKINAH%20IBRAHIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9827/2/SAKINAH%20IBRAHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9827/3/SAKINAH%20IBRAHIM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan satu bidang pendidikan yang memerlukan sumber kewangan yang besar untuk mengendalikan pengajiannya. Walaubagaimanapun, sistem pendidikan ini semakin penting kerana ia adalah penyumbang utama di dalam melahirkan tenaga kerja terlatih untuk negara. Keberkesanan tenaga keija ini adalah bergantung kepada peningkatan kualiti dalam bidang pendidikannya. Maka pengkaji telah membuat satu kajian yang bertajuk "Keijasama Dan Perkongsian Sumber Sebagai Strategi Meningkatkan Kualiti Dalam Bidang Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Satu Tinjauan Di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn". Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap pelaksanaan keijasama dan perkongsian sumber yang merangkumi minat pelajar terhadap aspek-aspek keijasama program PTV untuk meningkatkan kualiti, tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan keijasama dan perkongsian sumber dan isu-isu yang terdapat dalam pendekatan keijasama dan perkongsian sumber. Data dipungut daripada 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal semester enam dan instrumen kajian menggunakan borang soal selidik dan temubual. Data tersebut dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 11. Skor min digunakan untuk mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap aspek-aspek yang difokuskan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan pelajar adalah tinggi (skor min = 4.23) terhadap perlaksanaan keijasama dan perkongsian sumber sebagai strategi meningkatkan kualiti dalam bidang PTV. Melalui kajian ini, satu garis panduan bagi penubuhan pusat keijasama telah dicadangkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan