Pengaplikasian pembelajaran terarah kendiri dalam subjek percukaian

Kajian ini dijalankan untuk melihat sarna ada Pembelajaran Terarah Kendiri diaplikasi dalam proses pembelajaran subjek Percukaian Malaysia I terutama sub bab Sistem Taksiran Sendiri (STS). Pembelajaran Terarah Kendiri merupakan salah satu kaedah pembelajaran bestari yang melibatkan elemen-elemen...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ahmad, Adiebah
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9830/1/24p%20ADIEBAH%20AHMAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9830/2/ADIEBAH%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9830/3/ADIEBAH%20AHMAD%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan untuk melihat sarna ada Pembelajaran Terarah Kendiri diaplikasi dalam proses pembelajaran subjek Percukaian Malaysia I terutama sub bab Sistem Taksiran Sendiri (STS). Pembelajaran Terarah Kendiri merupakan salah satu kaedah pembelajaran bestari yang melibatkan elemen-elemen motivasi, metakognitif, penentuan strategi pembelajaran, kepekaan konteks, memahami isi pelajaran dan penggunaan sumber luaran sebagai bantuan. STS pula satu sistem penaksiran cukai yang memerlukan pembayar cukai membuat pengiraan cukainya sendiri. Responden kajian terdiri daripada 50 orang pelajar semester VI, Diploma Akauntansi di POLIMAS. Data-data dianalisis dengan menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 10.0 bagi mendapatkan skor min, peratusan dan kolerasi pearson. Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, didapati 66 peratus responden telah menggunakan Pembelajaran Terarah Kendiri dalam proses pembelajaran subjek ini. Manakala satu hubungan positif telah wujud di antara elemen-elemen dalam Pembelajaran Terarah Kendiri dengan pemahaman pelajar terhadap subjek STS. Namun, hubungan tersebut sekadar lemah atau sangat lemah dan tiada signifikan menunjukkan bahawa walaupun ada hubungan tetapi ia tidak mampu memberikan pemahaman yang baik kepada pelajar tersebut. Nilai skor min bagi pelajar yang yakin mampu mengaplikasikan STS adalah 4.8 iaitu berada di tahap setuju. Peratusan menunjukkan, 98 peratus responden yakin mampu mengaplikasikan STS ini. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Cadangan-cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana pengaplikasian elemen-elemen Pembelajaran Terarah Kendiri boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisyen dalam us aha meningkatkan pemahaman seterusnya meningkatkan prestasi pelajar