Kerangka program pendidikan berterusan bagi bidang teknik dan vokasional berorientasikan pembangunan lestari

Bidang teknik dan vokasional adalah salah satu disiplin di bawah sImp program pendidikan berterusan (PB) yang ditawarkan pus at-pus at PB di institusi pengajian tinggi (lPT). Pusat-pusat ini mempunyai tanggungjawab besar untuk melatih semula atau meningkatkan sumber manusia yang berada dalam pasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azroai, Anis Mardhiyah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9831/1/24p%20ANIS%20MARDHIYAH%20AZROAI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9831/2/ANIS%20MARDHIYAH%20AZROAI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9831/3/ANIS%20MARDHIYAH%20AZROAI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bidang teknik dan vokasional adalah salah satu disiplin di bawah sImp program pendidikan berterusan (PB) yang ditawarkan pus at-pus at PB di institusi pengajian tinggi (lPT). Pusat-pusat ini mempunyai tanggungjawab besar untuk melatih semula atau meningkatkan sumber manusia yang berada dalam pasaran kerja. Oleh kerana itu, pusat PB menerima penyertaan dalam kalangan profesional yang secara langsung terlibat dengan pembangunan negara. Walaupun terdapat program-program yang berjaya mengimplementasikan pelbagai kemahiran ke dalam kurikulum, terdapat banyak faktor yang menghalang falsafah kelestarian yang mana antaranya ialah kurang pendedahan dan kesedaran ke arah pembangunan lestari. Ini berlaku disebabkan ketiadaan garis panduan di pusat-pusat PB tempatan. Maka tujuan kajian ini ialah untuk (i) mengenal pasti status semasa orientasi pembangunan lestari di pusat-pusat PB, (ii) mengenal pasti komponen-komponen utama struktur program yang berkaitan pembangunan lestari dan, (iii) membangunkan kerangka program PB bagi teknik dan vokasional yang mengandungi hanya komponen-komponen terpilih untuk disahkan. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan menggunakan kaedah Delphi yang diubahsuai yang mana melibatkan penyertaan 33 pakar dalam bidang-bidang yang relevan yang dipilih secara bertujuan merujuk kepada jawatan mereka. Metodologi ini memerlukan dua pusingan edaran instrumen untuk mendapatkan konsensus daripada pakar-pakar dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual untuk sokongan. Analisis dilaksanakan secara deskriptif menggunakan SPSS dalam menghasilkan min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan kerangka yang mengandungi lapan komponen iaitu keperluan program (min=4.1152), hasil pembelajaran (min=4.2970), reka bentuk kurikulum (min=4.2606) kaedah P&P (min=4.2987), penilaian (min=4.1465), staf (min=4.2242), fasiliti dan sokongan (min=4.2000), danjaminan kualiti (min=4.3212). Komponen-komponen tersebut mengandungi 43 ciri-ciri pembangunan lestari. Keseluruhannya, kerangka ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk mereka bentuk dan mengimplementasikan program PB untuk melengkapkan para peserta supaya lebih berusaha mengenali dan mendorong orang lain untuk menobatkan nilai dan amalan-amalan pembangunan lestari.