Pembangunan kerangka sistem untuk pengiktirafan pembelajaran terdahulu bagi latihan guru teknik dan vokasional di Malaysia
Latihan guru untuk teknik dan vokasional memerlukan perkembangan untuk meningkatkan kualiti, keberkesanan dan relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu, sistem latihan guru teknik dan vokasional di Malaysia dapat dipertingkatkan dalam usaha unt...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9832/1/24p%20AZAD%20MUSLIM%20MUHAMMAD%20%40%20MOHAMMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9832/2/AZAD%20MUSLIM%20MUHAMMAD%20%40%20MOHAMMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9832/3/AZAD%20MUSLIM%20MUHAMMAD%20%40%20MOHAMMAD%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latihan guru untuk teknik dan vokasional memerlukan perkembangan untuk
meningkatkan kualiti, keberkesanan dan relevan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu, sistem latihan guru teknik
dan vokasional di Malaysia dapat dipertingkatkan dalam usaha untuk mendapatkan
pengiktirafan peringkat antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti domain
dan kriteria domain serta kaedah penilaian yang berkesan dalam menghasilkan kerangka
sistem untuk Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu bagi latihan guru teknik dan
vokasional di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan
borang soal selidik kepada sampel yang telah dipilih. Persampelan bertujuan telah
digunakan dalam kajian ini ke atas 69 orang pakar dari tujuh buah institusi awam dan
swasta telah dipilih seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan Agensi Kelayakan
Malaysia. Data yang dikumpulkan kemudiannya di analisis menggunakan perisian SPSS
versi 11.5 (Statistical Packages for The Social Sciences). Dapatan kajian mendapati
kesemua domain dan kriteria domain tersebut adalah diperlukan dalam membangunkan
kerangka sistem untuk Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu bagi latihan guru. Sebuah
kerangka sistem yang sesuai untuk menilai Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu bagi
latihan guru teknik dan vokasional telah dihasilkan dengan berbantukan maklumbalas
responden dan sintesis dapatan kajian. Pengkaji berharap agar satu kajiai1 Delphrdijalankan
untuk memantapkan lagi kerangka sistem ini dalam usaha untuk membentuk
satu panduan piawai bagi pelaksanaan penilaian Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu
di Malaysia |
---|