Pembangunan dan penilaian bahan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) berasaskan CD interaktif bagi mata pelajaran pemasaran 1 di politeknik

Kajian ini adalah bertujuan untuk membangun dan menilai bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berasaskan CD Interaktif bagi mata pelajaran Pemasaran 1 yang dihasilkan oleh pengkaji. Penilaian yang dibuat ialah dari segi penerimaan pelajar terhadap produk yang dibangunkan, penilaian isi kandu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar, Darvina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9944/1/24p%20DARVINA%20OMAR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9944/2/DARVINA%20OMAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9944/3/DARVINA%20OMAR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk membangun dan menilai bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berasaskan CD Interaktif bagi mata pelajaran Pemasaran 1 yang dihasilkan oleh pengkaji. Penilaian yang dibuat ialah dari segi penerimaan pelajar terhadap produk yang dibangunkan, penilaian isi kandungan dan juga melihat kepada aspek mesra pengguna. Responden kajian terdiri daripada 45 orang pelajar Semester 1, Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Hamid Mu'adzam Shah, Jitra Kedah. Pemilihan sampel adalah secara bertujuan (purposeful sampling). Instrumen yang digunakan ialah jenis soal selidik di mana penilaian dilakukan berdasarkan kepada maklurn balas responden terhadap CD Interaktif Pemasaran I yang dihasilkan. Kesemua data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Packages For social Sciences (SPSS) Version 11.0 yang melibatkan skor min dan peratus (kekerapan). Dapatan kajian menunjukkan penenmaan pelajar terhadap CD lnteraktif Pemasaran I (skor min=3. I 4), isi kandungan (skor min = 3.48) dan antara muka mesra pengguna (skor min =3.19). Secara keseluruhannya nilai skor min menunjukkan keputusan pada tahap tinggi. Daripada dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa PBK CD Interaktif Pemasaran I yang dihasilkan oleh pengkaji dapat diterima oleh pelajar, memadai dari segi isi kandungan dan juga dari aspek mesra pengguna. Oleh itu ia sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar Diploma Pemasaran Semester l di peringkat politeknik. Cadangan- cadangan dibe1ikan untuk menunjukkan bagaimana CD Tnteraktif Pemasaran 1 boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar