Pelaksanaan program transisi kerjaya (PTK) murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran (MP)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP). Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi menjawab persoalan kajian tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK M...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohd Nassir, Siti Nor Idayu
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2016
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/9988/2/24p%20SITI%20NOR%20IDAYU%20MOHD%20NASSIR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9988/1/SITI%20NOR%20IDAYU%20MOHD%20NASSIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9988/3/SITI%20NOR%20IDAYU%20MOHD%20NASSIR%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP). Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi menjawab persoalan kajian tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK Mawar, penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK Mawar dan bagaimana PTK dengan penglibatan industri boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan untuk MBPK MP. Kaedah kajian kualitatif dan strategi kajian kes telah digunakan untuk pengumpulan dan analisis data melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan memilih 6 orang peserta kajian yang bersesuaian. Dapatan kajian telah dapat mengenalpasti dan menjelaskan secara terperinci tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP dan merungkaikan cabaran­cabaran yang wujud sepanjang program tersebut dijalankan. Selain itu, basil dapatan kajian berjaya merangka satu Kerangka Amalan Transisi Kerjaya MBPK MP sebagai panduan dalam pelaksanaannya. Dapatan kajian ini diharap boleh dijadikan panduan atau rujukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), pihak institusi pendidikan vokasional awam dan swasta, industri, keluarga dan MBPK MP untuk melaksanakan PTK dengan berkesan. Di samping itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk rujukan pihak berkepentingan dan kajian lanjutan