Pelaksanaan program transisi kerjaya (PTK) murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran (MP)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP). Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi menjawab persoalan kajian tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK M...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Nassir, Siti Nor Idayu
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9988/2/24p%20SITI%20NOR%20IDAYU%20MOHD%20NASSIR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9988/1/SITI%20NOR%20IDAYU%20MOHD%20NASSIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9988/3/SITI%20NOR%20IDAYU%20MOHD%20NASSIR%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP). Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi menjawab persoalan kajian tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK Mawar, penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK Mawar dan bagaimana PTK dengan penglibatan industri boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan untuk MBPK MP. Kaedah kajian kualitatif dan strategi kajian kes telah digunakan untuk pengumpulan dan analisis data melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan memilih 6 orang peserta kajian yang bersesuaian. Dapatan kajian telah dapat mengenalpasti dan menjelaskan secara terperinci tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP dan merungkaikan cabaran­cabaran yang wujud sepanjang program tersebut dijalankan. Selain itu, basil dapatan kajian berjaya merangka satu Kerangka Amalan Transisi Kerjaya MBPK MP sebagai panduan dalam pelaksanaannya. Dapatan kajian ini diharap boleh dijadikan panduan atau rujukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), pihak institusi pendidikan vokasional awam dan swasta, industri, keluarga dan MBPK MP untuk melaksanakan PTK dengan berkesan. Di samping itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk rujukan pihak berkepentingan dan kajian lanjutan