Penambahbaikan proses dan prosedur pendaftaran urusniaga tanah bagi mengatasi penipuan dan pemalsuan

Salah laku jenayah yang dilakukan bagi tujuan tidak jujur, mengaut keuntungan peribadi atau mewujudkan kerugian kepada pihak lain telah mengakibatkan penipuan dan pemalsuan berlaku dalam pendaftaran urus niaga tanah. Terdapat banyak punca berlakunya peningkatan dalam kes ini, seperti bidang kuasa pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Yusri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/100067/1/YusriZakariahPFABU2022.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Salah laku jenayah yang dilakukan bagi tujuan tidak jujur, mengaut keuntungan peribadi atau mewujudkan kerugian kepada pihak lain telah mengakibatkan penipuan dan pemalsuan berlaku dalam pendaftaran urus niaga tanah. Terdapat banyak punca berlakunya peningkatan dalam kes ini, seperti bidang kuasa pendaftar dan pentadbir tanah yang terhad, tahap keselamatan sistem pendaftaran yang rendah dan kekurangan kepakaran dan sumber. Oleh itu, wujud keperluan untuk mengkaji penambahbaikan proses dan prosedur pendaftaran urus niaga tanah bagi mengatasi kes-kes penipuan dan pemalsuan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis penipuan dan pemalsuan dalam pendaftaran urus niaga tanah; untuk mengkaji ciri-ciri integriti dan keselamatan dokumen dalam proses dan prosedur pendaftaran urus niaga tanah dan keperluan ciri tambahan sistem pendaftaran urus niaga tanah; dan untuk menambah baik carta alir proses dan prosedur pendaftaran urus niaga tanah bagi mengatasi kes penipuan dan pemalsuan. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif menggunakan kaedah kajian kes. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai kajian kes bagi tujuan pengumpulan data. Data dikumpul melalui tiga kaedah iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Selain itu, analisis kandungan dan analisis deskriptif digunakan untuk mencapai objektif. Hasil kajian mengenal pasti kes penipuan dan pemalsuan membabitkan surat perjanjian jual beli, perintah mahkamah, surat kuasa wakil, kad pengenalan diri, dokumen hak milik dan pertukaran nama syarikat. Semua kes berlaku pada peringkat pra-pendaftaran dan pasca pendaftaran. Kajian juga mendapati beberapa ciri integriti dan keselamatan dokumen telah dilaksanakan dalam proses pendaftaran urus niaga tanah. Walau bagaimanapun, keperluan tambahan perlu dipertimbangkan seperti pengesahan surat kuasa wakil, perintah mahkamah dan perintah letak hak. Seterusnya, cadangan penambahbaikan proses dan prosedur pendaftaran urus niaga tanah telah dikemas kini dengan mengambil kira keperluan untuk integriti dokumen tambahan dan ciri keselamatan sistem. Penambahbaikan memfokuskan kepada perkara pra-pendaftaran dan pasca pendaftaran, khususnya pengesahan dan pengumpulan dokumen. Cadangan penambahbaikan dalam pendaftaran urus niaga tanah telah dikemukakan termasuk mengintegrasikan sistem pendaftaran tanah dengan sistem lain yang berkaitan dan mewujudkan sistem perekodan surat perjanjian jual beli. Hasil kajian telah menyumbang peranan penting dalam mendepani cabaran pentadbiran tanah masa hadapan ke arah sistem penyampaian perkhidmatan yang selaras dengan agenda nasional dan global.