Modul intervensi gabungan pendekatan kaunseling Islam dan kaunseling Adler bagi menangani resilien remaja salah laku
Peningkatan masalah sosial dan salah laku dalam kalangan remaja dari semasa ke semasa membuktikan isu resilien masih tidak dapat ditangani sepenuhnya. Kaedah intervensi sedia ada di lihat masih mempunyai limitasi dalam menangani isu ini. Melihat kepentingan menangani isu resilien dalam kalangan rema...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/102400/1/NorfatmazuraCheWilPRAZAK2022.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peningkatan masalah sosial dan salah laku dalam kalangan remaja dari semasa ke semasa membuktikan isu resilien masih tidak dapat ditangani sepenuhnya. Kaedah intervensi sedia ada di lihat masih mempunyai limitasi dalam menangani isu ini. Melihat kepentingan menangani isu resilien dalam kalangan remaja salah laku, maka kajian ini bertujuan untuk membina modul intervensi yang melibatkan gabungan pendekatan kaunseling Islam dan kaunseling Adler. Reka bentuk kajian ini adalah melibatkan kaedah campuran di mana kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan. Kaedah kualitatif adalah melibatkan temu bual separa struktur menerusi kaunseling kelompok manakala kaedah kuantitatif pula adalah melibatkan penggunaan set soal selidik. Modul ini yang dibina berasaskan kaedah analisis kandungan terhadap sumber primer dan sekunder iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Hadis dan sorotan literatur telah disahkan oleh pakar bidang yang dilantik bagi memastikan isi kandungan menepati matlamat pembinaan modul. Modul ini telah diuji ke atas 10 orang remaja salah laku di pusat pemulihan berumur 16 hingga 19 tahun yang mempunyai tahap kesihatan mental dan resilien yang rendah di mana ianya telah dikenal pasti melalui pentadbiran soal selidik DASS-21 dan CD-RISC-25. Kaedah persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan bertujuan dengan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Sebanyak lapan sesi kaunseling kelompok yang mengandungi lima peringkat intervensi telah dilaksanakan ke atas remaja salah laku. Ujian pra dan pasca bagi CDRISC- 25 telah dilakukan ke atas responden bertujuan melihat perubahan tahap resilien sebelum dan selepas perlaksanaan modul. Kaedah analisis tematik telah digunakan bagi data kualitatif dan Wilcoxon Signed Rank Test pula digunakan bagi menganalisis data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan konsep kaunseling Islam yang sesuai diaplikasikan adalah konsep ilmu dan amal yang meliputi elemen “ikhlas”, “tawakal” dan “fitrah” serta konsep kepercayaan dan keyakinan melibatkan rukun iman, rukun islam, ihsan serta “wasatiyyah”. Bagi kaunseling Adler pula konsep pengalaman lepas, minat sosial, gugusan keluarga, gaya kehidupan dan perasaan inferioriti boleh diaplikasikan bagi meningkatkan resilien remaja. Teknik-teknik kaunseling, kemahiran penerokaan, penerapan elemen-elemen islamik serta peranan kaunselor merupakan gabungan terbaik di antara pendekatan kaunseling Islam dan kaunseling Adler dalam pembinaan modul ini. Hasil kajian turut menunjukkan modul intervensi memberi kesan terhadap tahap resilien remaja salah laku berdasarkan perubahan resilien sebelum dan selepas menjalani modul intervensi. Melihat kepada kemampuan modul ini menambah baik langkah menangani resilien, maka ianya relevan untuk diaplikasikan oleh para kaunselor serta pihak-pihak yang berkepentingan bagi menambahkan kemahiran dan kepakaran dalam menangani isu yang dihadapi oleh para klien terutamanya bagi menangani resilien remaja salah laku sebagai salah satu cara menangani isu kesihatan mental di Malaysia. |
---|