Pengaruh pengurusan sumber manusia strategik ke atas prestasi organisasi melalui budaya organisasi di Pos Malaysia

Pos Malaysia Berhad merubah teknologi perkhidmatan untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan yang berubah-ubah dan menembusi pasaran baru. Untuk bertahan dalam industri ini, Pos Malaysia Berhad telah merangka strategi operasinya melalui PosMel, PosLaju dan PosNiaga serta melalui amalan pengu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar, Mohd Izdihar
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/106982/1/MohdIdziharOmarPFTIR2021.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pos Malaysia Berhad merubah teknologi perkhidmatan untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan yang berubah-ubah dan menembusi pasaran baru. Untuk bertahan dalam industri ini, Pos Malaysia Berhad telah merangka strategi operasinya melalui PosMel, PosLaju dan PosNiaga serta melalui amalan pengurusan sumber manusia strategik untuk bersaing dengan syarikat tempatan dan antarabangsa. Kajian lepas menunjukkan pengurusan sumber manusia strategik telah diterapkan dalam banyak aspek untuk meningkatkan prestasi organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh pengurusan sumber manusia strategik ke atas prestasi organisasi di Pos Malaysia. Tiga elemen pengurusan sumber manusia strategik yang dikaji adalah pengambilan dan pemilihan, latihan dan pembangunan serta faedah dan ganjaran. Di samping itu, kajian ini juga menganalisis pengaruh budaya organisasi sebagai perantara dalam hubungan antara ketiga-tiga elemen pengurusan sumber manusia strategik dengan prestasi organisasi. Kaedah tinjauan telah digunakan dan melibatkan 220 orang responden dari Pos Malaysia Berhad. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Pakej Statistik IBM untuk perisian sains sosial (IBM-SPSS) versi 23 dan Smart Partial Least Square (SmartPLS) versi 4.3 digunakan untuk menilai hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh pengurusan sumber manusia strategik dan ketiga-tiga elemen pengurusan sumber manusia strategik iaitu pengambilan dan pemilihan, latihan dan pembangunan serta faedah dan ganjaran ke atas prestasi organisasi. Walaubagaimanapun, penemuan kajian menunjukkan bahawa budaya organisasi menjadi perantara dalam hubungan diantara pengurusan sumber manusia strategik dan ketiga-tiga elemen pengurusan sumber manusia strategik iaitu pengambilan dan pemilihan, latihan dan pembangunan serta faedah dan ganjaran dengan prestasi organisasi. Sehubungan dengan itu budaya organisasi perlu diintegrasi dalam aktiviti pengurusan sumber manusia strategik dalam meningkatkan prestasi organisasi. Kajian ini juga mencadangkan pihak organisasi perlu menambah baik aspek budaya organisasi melalui penetapan matlamat dan nilai organisasi yang jelas serta mengamalkan pengurusan sumber manusia strategik yang efektif bagi meningkatkan prestasi organisasi.