Tahap kefahaman guru mengenai konsep jirim

Kebanyakan konsep sains adalah abstrak, dan begitu juga dengan konsep jirim. Pemahaman konsep sains yang baik oleh guru adalah penting supaya pengajaran lebih berkesan dan mengelakkan kerangka alternatif dipindahkan kepada pelajar. Pengetahuan guru mengenai isi kandungan mata pelajaran membantu guru...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamad Sani, `Ainul Basirah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2012
主題:
在線閱讀:http://eprints.utm.my/id/eprint/32558/1/%60AinulBasirahMohamadSaniMFP2012.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kebanyakan konsep sains adalah abstrak, dan begitu juga dengan konsep jirim. Pemahaman konsep sains yang baik oleh guru adalah penting supaya pengajaran lebih berkesan dan mengelakkan kerangka alternatif dipindahkan kepada pelajar. Pengetahuan guru mengenai isi kandungan mata pelajaran membantu guru untuk mengaplikasikan ilmu yang hendak diajar bagi mengelakkan kerangka alternatif pelajar. Pengalaman mengajar seseorang guru memberi kesan kepada kefahaman mereka mengenai konsep-konsep sains. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kefahaman guru-guru sains mengenai konsep jirim berdasarkan tahap pendidikan, pengalaman mengajar, dan sama ada mengajar di sekolah rendah atau sekolah menengah. Responden terdiri daripada 84 guru sains di beberapa buah sekolah di daerah Skudai, Johor Bahru. Soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini yang melibatkan pengiraan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru sains mengenai konsep jirim dalam kajian ini adalah sederhana. Tahap kefahaman kumpulan guru yang memiliki sarjana mengenai konsep jirim adalah lebih baik daripada tahap kefahaman kumpulan guru yang memiliki ijazah. Guru yang lebih berpengalaman mempunyai kefahaman konsep jirim yang lebih baik daripada kumpulan guru yang mempunyai kurang pengalaman. Tahap kefahaman kumpulan guru yang mengajar di sekolah menengah adalah lebih baik daripada kumpulan guru yang mengajar di sekolah rendah. Beberapa implikasi daripada hasil kajian terhadap tahap kefahaman konsep jirim di kalangan guru sains diberikan berserta dengan cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan dikemukakan.