Tahap kompetensi Pengetua/Guru Besar dengan standard kualiti Guru Besar/Pengetua di daerah Johor Bahru

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pengetua/guru besar di daerah Johor Bharu. Kompetensi ini dibahagikan kepada empat dimensi iaitu (1) Kecerdasan intelek (IQ) (2) Kecerdasan emosi (EQ) (3) Kecerdasan spiritual (SQ) dan (4) Kecerdasan kemahiran. Responden dalam kajian ini ial...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mahmud, Wan Marfazila
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/32562/1/WanMarfazilaWanMahmudMFP2010.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pengetua/guru besar di daerah Johor Bharu. Kompetensi ini dibahagikan kepada empat dimensi iaitu (1) Kecerdasan intelek (IQ) (2) Kecerdasan emosi (EQ) (3) Kecerdasan spiritual (SQ) dan (4) Kecerdasan kemahiran. Responden dalam kajian ini ialah sebanyak 113 orang. Soalan soal selidik yang digunakan mengandungi 57 item yang dibina berdasarkan Florida Principal Competencies yang diterbitkan Florida Council on Educational Management (FCEM). Nilai Alpha Cronbach dalam instrument kajian ini ialah 0.803. Analisis data dalam kajian ini menggunakan Perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) untukr Windows (Versi 12.0) untuk mendapatkan nilai min, peratus dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi pengetua/guru besar adalah berada pada tahap min yang tinggi bagi semua dimensi yang dikaji. Terdapat beberapa cadangan bagi mengemaskini lagi soal selidik dan juga metodologi kajian untuk kajian akan datang.