Peranan perantara terhadap hubungan faktor penglibatan pengurus LINI dalam inisiatif sumber manusia dan keberkesanan Continuous Professional Development (CPD)

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan peranan sumber manusia dalam mengantara hubungan antara faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia dan keberkesanan CPD. Berdasarkan kajian literatur, tiga faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia telah dikenal past...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Mohamed Ayyub
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/33820/5/MohamedAyyubHassanMFPPSM2013.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan peranan sumber manusia dalam mengantara hubungan antara faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia dan keberkesanan CPD. Berdasarkan kajian literatur, tiga faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia telah dikenal pasti iaitu keinginan, efikasi kendiri dan sokongan sumber manusia. Manakala empat peranan sumber manusia yang digunakan sebagai pembolehubah pengantara adalah rakan kongsi strategic, pakar pentadbiran, juara pekerja dan ejen perubahan. Seramai 74 responden dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai telah memberi maklum balas bagi kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik, sebelum dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan multivariat untuk menjawab objektif kajian dan mengukur hubungan antara pembolehubah. Dapatan kajian menjelaskan bahawa faktor efikasi kendiri dan peranan pakar pentadbiran berada pada tahap yang paling tinggi di kalangan pengurus lini di UTM. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana antara semua faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia dan keberkesanan CPD. Tiga peranan sumber manusia iaitu rakan kongsi strategik, juara pekerja dan ejen perubahan dapat mengantara kesemua faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia (keinginan, efikasi kendiri, sokongan sumber manusia) dengan keberkesanan CPD. Manakala peranan pakar pentadbiran hanya dapat mengantara satu faktor sahaja iaitu efikasi kendiri dengan keberkesanan CPD. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan kepada pengkaji masa hadapan untuk menambahbaik kajian ini pada masa akan datang.