Pengaruh gaya kepimpinan pengetua dalam budaya kerja guru di SMKA Maahad, Muar, Johor

Kajian ini membincangkan mengenai Pengaruh gaya Pengetua terhadap Budaya Kerja Guru SMKA Maahad, Muar Johor. Pengaruh Gaya Pengetua yang dimaksudkan di sini ialah berdasarkan kepada amalan yang digunakan oleh Pengetua dalam membentuk budaya kerja guru dalam mencapai Visi dan Misi sekolah, strategi y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shuhaibun, Anizah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/48258/1/AnizahShuhaibunMFP2013.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai Pengaruh gaya Pengetua terhadap Budaya Kerja Guru SMKA Maahad, Muar Johor. Pengaruh Gaya Pengetua yang dimaksudkan di sini ialah berdasarkan kepada amalan yang digunakan oleh Pengetua dalam membentuk budaya kerja guru dalam mencapai Visi dan Misi sekolah, strategi yang dilaksanakan untuk pencapaian matlamat dan meningkatkan motivasi di kalangan guru dan warga sekolah, pengurusan perubahan dan cara mengatasi cabaran dan halangan. Kajian ini dijalankan di SMKA Maahad, Muar Johor dengan memilih lima orang sampel bagi data kualitatif. Transkrif temubual dan analisis data berdasarkan dapatan temubual digunakan sebagai metod kajian ini. Data kualitatif mendapati Pengetua sekolah ini mempunyai amalan-amalan tertentu dalam menguruskan perubahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,Maahad Muar Johor untuk mencapai Visi dan Misi yang telah ditetapkan sehingga mencapai keputusan akademik yang sangat cemerlang terutamanya dalam peperiksaan PMR dan SPM dan telah dianugerahkah sebagai sekolah kluster pada 2012. Adalah diharapkan kajian ini akan memberi manfaat kepada para pengetua atau bakal pemimpin dalam usaha mereka meningkatkan lagi kecemerlangan dalam mengurus dan mentadbir sekolah yang berdaya saing dan mantap dalam melahirkan tenaga manusia yang berkualiti seiring arus pembangunan bertaraf dunia