Pengaruh televisyen terhadap tingkah laku keganasan murid-murid sekolah

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pengaruh televisyen terhadap tingkah laku keganasan murid-murid sekolah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengaruh televisyen (pelakon, keganasan, senjata, situasi, ditiru, kesan) terhadap murid-murid sekolah, mengenal pasti tahap tingkah lak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamdan, Hamidah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/48259/1/HamidahHamdanMFP2013.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pengaruh televisyen terhadap tingkah laku keganasan murid-murid sekolah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengaruh televisyen (pelakon, keganasan, senjata, situasi, ditiru, kesan) terhadap murid-murid sekolah, mengenal pasti tahap tingkah laku keganasan (buli, vendalism, mencuri) murid-murid sekolah, mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara tingkah laku keganasan (buli, vendalism, mencuri) murid-murid dengan jantina, mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara tingkah laku keganasan (buli, vendalism, mencuri) murid-murid dengan bangsa, mengenal pasti hubungan yang signifikan antara pengaruh televisyen (pelakon, keganasan, senjata, situasi, ditiru, kesan) dengan tingkah laku keganasan (buli, vendalism, mencuri) murid- murid sekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Penyelidik menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi untuk mendapatkan maklum balas mengenai kesan pengaruh televisyen terhadap tingkah laku keganasan murid-murid sekolah. Responden kajian terdiri daripada 161 orang lelaki dan 147 murid sekolah rendah di sekitar Daerah Kulaijaya. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dirangka oleh penyelidik lepas. Analisis data menunjukkan bahawa faktor pengaruh televisyen dari aspek Situasi adalah paling dominan (M=3.08). Manakala tahap tingkah laku keganasan yang paling dominan pula adalah tahap tingkah laku keganasan dari aspek Buli (M= 1.95). Murid-murid merupakan modal insan yang paling berharga untuk negara kita. Semoga hasil kajian yang dijalankan menjadi panduan kepada pihak yang terlibat untuk bersama-sama mengambil langkah mengatasi masalah ini