Kesan peruntukan efektif bagi pelaburan harta tanah terhadap prestasi syarikat harta tanah di bursa Malaysia

Aktiviti pelaburan syarikat harta tanah di Malaysia dikatakan menjadiproxykepada pergerakan harga saham. Perkaitan atau hubungan ini juga akan mengesanikeputusan pelaburan harta tanah syarikat dan prestasi syarikat. Namun demikian,terdapat beberapa masalah di dalammembuat keputusan pelaburan harta t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Dali, Nurul Firdaus
Format: Thesis
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/5101/1/NurulFirdausAhmadDaliMFKSG2005.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aktiviti pelaburan syarikat harta tanah di Malaysia dikatakan menjadiproxykepada pergerakan harga saham. Perkaitan atau hubungan ini juga akan mengesanikeputusan pelaburan harta tanah syarikat dan prestasi syarikat. Namun demikian,terdapat beberapa masalah di dalammembuat keputusan pelaburan harta tanah yangefektif bagi mencerminkan prestasi baik syarikat. Prestasi syarikat yang baik sangatpenting di dalammenentukan pergerakan harga sahamdi Bursa Malaysia Berhad. Olehyang demikian, kajian ini merujuk kepada syarikat harta tanah tersenarai di BursaMalaysia Berhad. Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja syarikat harta tanah yang benar-benar menjalankan aktiviti pelaburan harta tanah secara langsung. Oleh itu, objektifpertama kajian dirangka iaitu mengenalpasti syarat penyenaraian di Bursa MalaysiaBerhad dan mengenalpasti aktiviti syarikat harta tanah terpilih yang tersenarai di BursaMalaysia Sdn. Bhd (dahulu dikenali sebagai Bursa SahamKuala Lumpur). Di sampingmengambilkira pelaburan harta tanah di sekitar Kuala Lumpur sahaja dan beberapakriteria utama, syarikat harta tanah yang terpilih akan dikenalpasti. Objektifkedua kajianpula ialah menentukan peratus peruntukan harta tanah efektif syarikat harta tanahterpilih di Malaysia menggunakanReturn Based Style Analysis (RBSA)bagi tiga sektorutama pelaburan harta tanah iaitu kediaman, perniagaan dan pejabat. Peruntukanpelaburan efektif harta tanah yang digambarkan oleh graf peruntukan efektif akandibandingkan dengan peruntukan pelaburan sebenar syarikat harta tanah secaradeskriptif. Kaedah ini diaplikasikan di Malaysia bagi membantu pelabur membuatkeputusan pelaburan yang tidak hanya berdasarkanintuitive judgementdan pengalamansemata-mata. Selain itu, kaedah ini juga melibatkan pembentukan indeks kediaman,perniagaan dan pejabat serta penggunaan harga sahamsebagai jumlah pulangan. Kaedahini juga membantu pelabur mengatasi masalah kekurangan data dengan menggunakansebaik-baiknya data perbandingan dan pergerakan harga sahamdi dalammenentukanpelaburan harta tanah syarikat. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti pelaburan harta tanah syarikat harta tanah di Malaysia menjadi proxy kepada pergerakan harga saham di Bursa Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui pencapaian objektif ketiga iaitu implikasi peruntukan efektif terhadap aktiviti pelaburan syarikat harta tanah di Malaysia yang digambarkan melalui nilai R-squared dan nilai Sharpe Alpha.