Faktor Yang Mempengaruhi Pengajaran Dan Pelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel vokasional di dua buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran. Kajian rintis te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shahrudin, Siti Atiqah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/5898/1/PSM_JILID-TQAH.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel vokasional di dua buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach ialah 0.90. Kemudian, kajian sebenar dijalankan dan maklumat diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 168 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 di Sekolah Menengah Teknik Ampangan dan Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for the Social Science (SPSS)� Versi 11.5. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa faktor keselamatan dan pengurusan di dalam bengkel boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel di kedua-dua sekolah ini. Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian, langkah-langkah serta pendekatan yang sesuai dapat dikenalpasti untuk meningkatkan kesempurnaan bengkel bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sekolah terbabit. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai satu garis panduan untuk kajian yang seterusnya dimasa akan datang.