Penggunaan konsep istibdal bagi penyelesaian pencerobohan tanah wakaf berbentuk penempatan di negeri Perak

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah pemegang amanah tunggal yang dipertanggungjawabkan bagi menguruskan kira-kira 2817 lot tanah wakaf seluas kira-kira 6,341.5069 hektar (15,670.2060 ekar) di seluruh negeri Perak. Tanah wakaf juga terdedah kepada pencerobohan daripada pihak yang...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Aris, Haziq Faris
格式: Thesis
语言:English
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://eprints.utm.my/id/eprint/60561/1/HaziqFarisArisMFGHT2016.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah pemegang amanah tunggal yang dipertanggungjawabkan bagi menguruskan kira-kira 2817 lot tanah wakaf seluas kira-kira 6,341.5069 hektar (15,670.2060 ekar) di seluruh negeri Perak. Tanah wakaf juga terdedah kepada pencerobohan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan menjejaskan niat asal pewakaf dan manfaat wakaf tersebut kepada masyarakat Islam. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti bentuk dan punca pencerobohan tanah wakaf serta melihat tahap kefahaman asas responden mengenai pencerobohan tanah wakaf disamping mengkaji penggunaan konsep Istibdal sebagai penyelesaian pencerobohan tanah wakaf bagi tujuan penempatan di Negeri Perak. Kajian telah dijalankan kepada responden daripada MAIPk, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah melalui edaran borang soal selidik dan juga temubual khas. Hasil kajian mendapati pencerobohan tanah wakaf berbentuk penempatan kerap berlaku dan lebih sukar ditangani berbanding bentuk pencerobohan yang lain. Selain itu, tinjauan mendapati penggunaan konsep Istibdal dalam mengatasi masalah pencerobohan tanah wakaf berbentuk penempatan boleh dilaksanakan di Negeri Perak dengan kerjasama yang erat di antara MAIPk dan Pentadbiran Tanah Negeri. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas untuk penambahbaikan penggunaan konsep Istibdal dalam menangani masalah pencerobohan tanah wakaf pada masa hadapan.