Pembangunan perisian pembelajaran berasaskan web menggunakan kaedah simulasi bagi matapelajaran CNB2013 Telecommunications bagi sub topik Teknologi Rangkaian Tanpa Wayar untuk rangkaian kawasan setempat

Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan perisian pembelajaran berasaskan web dengan menggunakan kaedah simulasi dengan menggunakan Model Rekabentuk Pengajaran Willis R2D2 yang bermaksud Recursive, Reflective, Design and Develop. Topik yang dipilih bagi tujuan ini ialah Wireless N...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Hamdani, Noor Adreen
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6405/1/NoorAdreenMdHamdaniMFP2007.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan perisian pembelajaran berasaskan web dengan menggunakan kaedah simulasi dengan menggunakan Model Rekabentuk Pengajaran Willis R2D2 yang bermaksud Recursive, Reflective, Design and Develop. Topik yang dipilih bagi tujuan ini ialah Wireless Network Technologies bagi kegunaan pelajar Bachelor of Information Technology (BIT) dan Bachelor of Information System (BIS) dalam memahami dan menjalankan pemasangan rangkaian tanpa wayar untuk rangkaian kawasan setempat. Semasa pelajar menjalani pembelajaran berasaskan web ini, pelajar akan menggunakan simulasi-simulasi yang disediakan untuk memahami konsep rangakaian tanpa wayar ini dengan lebih mendalam lagi. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap rekabentuk utama iaitu rekabentuk informasi/strategi pembelajaran, rekabentuk persembahan, rekabentuk interaksi dan rekabentuk simulasi. Populasi kajian projek ini terdiri daripada 10 orang responden yang sedang mengikuti kursus BIT dan BIS yang mengambil matapelajaran CNB2013 Telecommunications. Instrumen kajian yang digunakan ialah melalui borang soal selidik, pemerhatian dan temubual. Hasil daripada analisa terhadap setiap rekabentuk utama didapati rekabentuk informasi/startegi persembahan mendapat nilai min iaitu (min = 4.3), rekabentuk persembahan (min = 4.1), rekabentuk interaksi (min = 4.46) dan rekabentuk simulasi (min = 4.2).Manakala hasil daripada pemerhatian, didapati responden mampu dan berjaya menjalankan aktiviti pemasangan rangakaian tanpa wayar dengan bantuan perisian pembelajaran berasaskan web ini. Temubual turut mendapat maklumbalas yang positif setelah responden menjalankan aktiviti pemasangan tersebut.