Kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif pelajar

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif pelajar-pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar agresif daripada 11 buah sekolah menengah di Daerah Pontian, Johor. Seramai 169 orang pelajar yang terdiri daripada 135 orang pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kayar, Rosly
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6442/1/RoslyKayarMFP2007.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif pelajar-pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar agresif daripada 11 buah sekolah menengah di Daerah Pontian, Johor. Seramai 169 orang pelajar yang terdiri daripada 135 orang pelajarpelajar lelaki dan 34 orang pelajar-pelajar perempuan telah dilibatkan dalam kajian ini. Maklumat dikumpulkan melalui Soal Selidik The Attractive Media and The Effect on Audience Questionnaire (Heinichi, Molenda, Russel dan Ely, 1991), Soal Selidik The Effect by Violent Media on Aggression Questionnaire (Bush and Perry, 1992), Soal Selidik General Aggression Model (Anderson dan Dill, 2002) dan Soal Selidik Television Violence and The Adolescent (William, 1978). Kaedah uji-ulanguji digunakan dalam kajian ini untuk menentukan kebolehpercayaan instrument. Nilai Korelasi Pearson bagi soal selidik The Attractive Media and The Effect on Audience Questionnaire ialah 0.833, Soal Selidik The Effect of Violent Media on Aggression Questionnaire ialah 0.831, Soal Selidik The General Aggression Model ialah 0.832 dan Soal Selidik Television Violence and The Adolescent ialah 0.828. Statistik deskriptif yang digunakan untuk menganalisa data ialah min, peratusan, kekerapan dan ujian t. Hasil kajian menunjukkan program-program media yang menjadi daya tarikan untuk ditonton oleh pelajar-pelajar agresif ialah programprogram media berbentuk informasi. Kajian ini mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar agresif lelaki dengan pelajar-pelajar agresif perempuan dalam daya tarikan pemilihan 2 jenis program media iaitu media menggambarkan siaran secara langsung sesuatu peristiwa dan media memiliki gerakan secara lambat, cepat dan berulang-ulang. Kajian ini juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar agresif lelaki dan perempuan dalam daya tarikan pemilihan 2 jenis program media iaitu media menggambarkan kewujudan secara asli dan media berbentuk informasi. Kelangsangan dalam media didapati tidak menyebabkan pelajar-pelajar agresif bertingkah laku langsang dalam bentuk fizikal, verbal dan jenayah, dan hanya menyebabkan pelajar-pelajar bertingkah laku langsang dalam bentuk permusuhan. Pelajar-pelajar agresif didapati suka menonton kisah-kisah langsang dalam media yang berbentuk peperangan dan filem-filem aksi, dan kekerapan jumlah masa menonton media ialah di antara 2 hingga 3 jam sehari. Tahap tingkah laku langsang kesan menonton kelangsangan dalam media adalah rendah. Kajian ini mempunyai implikasi penting tentang peranan media supaya menilai kembali program-program yang disiarkan agar dapat meminimakan unsur-unsur kelangsangan yang boleh menyebabkan pelajar-pelajar bertingkah laku langsang.