Pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web bagi tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan
Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Topik yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah Topologi Rangkaian dalam Pendidikan bagi kegunaan kumpulan p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/6452/1/NorashikinSahadanMFP2007.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran
berasaskan situasi menerusi web mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh
Herrington et al., (2000). Topik yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah Topologi
Rangkaian dalam Pendidikan bagi kegunaan kumpulan pelajar Sarjana Muda
Pendidikan. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap
tiga aspek reka bentuk iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk
antara muka sistem pembelajaran yang dibangunkan. Sampel kajian projek ini terdiri
daripada 10 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan yang mengambil mata pelajaran
SPM 2012: Telekomunikasi dan Rangkaian Komputer di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik
dan temu bual. Hasil analisis terhadap ketiga-tiga aspek reka bentuk yang dinilai
mendapati reka bentuk antara muka yang digunakan mendapat nilai min yang tertinggi
iaitu (min=4.38) diikuti oleh reka bentuk interaksi (min=4.3) dan reka bentuk informasi
atau strategi pembelajaran berasaskan situasi (min=4.13). Bagi bahagian cadangan dan
komen dan juga proses temu bual yang telah dijalankan, kaedah analisis isi kandungan
menerusi teknik pembentukan tema telah digunakan. Berdasarkan data yang dianalisis dan
perbincangan yang telah dijalankan, pengkaji telah membuat rumusan dan
mengemukakan beberapa cadangan serta memberi huraian mengenai sistem
pembelajaran berasaskan situasi menerusi sistem PBSnet yang dibangunkan. |
---|